Albumin

Keluarga albumin serum
Struktur albumin serum.
Pengenal pasti
SimbolSerum_albumin
PfamPF00273
Klan PfamCL0282
InterProIPR014760
SMARTSM00103
PROSITEPS51438
SCOP1ao6
SUPERFAMILY1ao6

Albumin (daripada istilah bahasa Latin: albumen "putih (telur); putih telur kering") merupakan keluarga protein globular, antara jenis yang paling biasanya adalah albumin serum. Semua protein dalam keluarga albumin ini larut dalam air, larut sederhana dalam larutan garam pekat, serta mengalami penyahaslian haba. Albumin biasanya ditemui dalam plasma darah dan mempunyai ciri yang berbeza daripada protein darah yang lain di mana pengglikosilannya tidak berlaku. Bahan-bahan yang mengandungi albumin seperti putih telur dikenali sebagai albuminoid.

Terdapat beberapa protein pengangkutan darah yang saling berkait rapat dari segi evolusinya termasuk albumin serum, alpha-fetoprotein, protein pengikat vitamin D dan afamin.

Albumin mengikat kepada reseptor permukaan sel iaitu albondin.