Alberto Fujimori

Excelentísimo Señor
Alberto Fujimori
Fujimori pada tahun 1991
Presiden Peru
Dalam jawatan
28 Julai 1990 – 22 November 2000
Perdana Menteri
Lihat senarai
  • Juan Carlos Hurtado Miller
  • Carlos Torres y Torres Lara
  • Alfonso de los Heros
  • Óscar de la Puente Raygada
  • Alfonso Bustamante
  • Efraín Goldenberg
  • Dante Córdova Blanco
  • Alberto Pandolfi
  • Javier Valle Riestra
  • Víctor Joy Way
  • Alberto Bustamante Belaúnde
  • Federico Salas
Naib Presiden
Lihat senarai
  • Naib Presiden Pertama
  • Máximo San Román
    (1990–1992)
  • Pemangku
    (1992–1995)
  • Ricardo Márquez Flores
    (1995–2000)
  • Francisco Tudela
    (Julai–November 2000)
  • Naib Presiden Kedua
  • Carlos García y García
    (1990–1992)
  • Pemangku
    (1992–1995)
  • César Paredes Canto
    (1995–2000)
  • Ricardo Márquez Flores
    (Julai–November 2000)
Didahului olehAlan García
Digantikan olehValentín Paniagua
Presiden Kerajaan Darurat dan Pembinaan Semula Negara
Dalam jawatan
5 April 1992 – 9 Januari 1993
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Maklumat peribadi
Lahir
Alberto Kenya Fujimori Inomoto

(1938-07-26)26 Julai 1938
Lima, Peru
Meninggal dunia11 September 2024(2024-09-11) (umur 86)
Lima, Peru
Parti politikPenukaran 90 (1990–1998)
Sí Cumple (1998–2010)
Parti Baru Rakyat (2007–2013)
Angkatan Popular (2024)
Gabungan politik
lain
Majoriti Baharu (1992–1998, ahli bukan gabungan)
Peru 2000 (1999–2001)
Perikatan untuk Masa Depan (2005–2010)
Penukaran 21 (2018–2019)
Pasangan
  • Susana Higuchi (k. 1974; c. 1995)
  • Satomi Kataoka (k. 2006)
Anak4, termasuk Keiko dan Kenji
SaudaraSantiago Fujimori (adik)
PendidikanUniversiti Agraria Nasional (BS)
Universiti Strasbourg
Universiti Wisconsin–Milwaukee (MS)
Tandatangan
Maklumat jenayah
Status jenayahDisabitkan kesalahan
Pertuduhan jenayahPelanggaran hak asasi manusia, pembunuhan, penculikan, penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah
Penalti25 tahun penjara (tuduhan pencabulan hak asasi manusia, pembunuhan dan penculikan)
Enam tahun penjara (Penyalahgunaan caj kuasa)
Penjara tujuh setengah tahun (Pertuduhan penyelewengan)
Enam tahun penjara (Pertuduhan rasuah)

Alberto Ken'ya Fujimori (nama Jepun: Ken'ya Fujimori (藤森 謙也, Fujimori Ken'ya); 26 Julai 1938 – 11 September 2024) adalah seorang ahli politik Peru berketurunan Jepun. Beliau berkhidmat sebagai Presiden Peru dari 28 Julai 1990 hingga 17 November 2000. Beliau menjadi tokoh kontroversi dan mengamalkan sistem autokratik. Fujimori telah menstabilan ekonomi makro dan menstabilkan keadaan politik Peru dari ancaman komunis dan pengganas. Beliau dipertanggungjawabkan atas penyalahgunaan hak-hak asasi manusia sepanjang menjadi presiden.

Lewat 2000 beliau menghadapi tuduhan skandal rasuah lalu melarikan diri ke Jepun dan meletakkan jawatan sebagai presiden Peru. Perletakan jawatannya dari Jepun melalui faks ditolak oleh Kongres Republik Peru. Kemudian Fujimori ditahan semasa lawatan ke Chile pada November 2005. Dia akhirnya diekstradisi ke Peru untuk menghadapi pertuduhan jenayah pada September 2007.

Pada 11 Disember 2007 dalam perbicaraan yang lain dari tuduhan melanggar hak asasi manusia, Fujimori disabitkan dalam rampasan haram dokumen-dokumen dan pita-pita video dalam milik isteri ketua pengintipnya Vladimiro Montesinos. Dia telah dijatuhkan hukuman enam tahun penjara. Rayuannya ditolak Mahkamah Agung.

Pada April 2009 pula, dia disabitkan bersalah atas tuduhan melanggar hak asasi manusia semasa menjadi presiden, dan dihukum 25 tahun penjara. Dia bagaimanapun dijangka akan merayu.