Albert Pujols
| Albert Pujols | |||
|---|---|---|---|
| First baseman / Designated hitter | |||
| Dilahirkan: 16 Januari 1980 Santo Domingo, Republik Dominika | |||
| |||
| MLB debut | |||
| 2 April, 2001, untuk St. Louis Cardinals | |||
| Penampilan MLB terakhir | |||
| 4 Oktober, 2022, untuk St. Louis Cardinals | |||
| Statistik MLB | |||
| Purata pukulan | .296 | ||
| Pukulan | 3,384 | ||
| Home run | 703 | ||
| RBI | 2,218 | ||
| Pasukan | |||
| |||
| Kerjaya cemerlang dan anugerah | |||
| |||
José Alberto Pujols Alcántara (sebutan Sepanyol: [puˈxols], sebutan Catalan: [puˈʒɔls]; lahir 16 Januari 1980) ialah bekas pemain besbol Dominica-Amerika yang bermain sebagai first baseman dan designated hitter. Beliau telah beraksi dalam 22 musim di Major League Baseball (MLB) untuk pasukan St. Louis Cardinals, Los Angeles Angels of Anaheim / Los Angeles Angels dan Los Angeles Dodgers. Dikenali dengan nama samaran "the Machine" (Sepanyol: La Máquina), Pujols dianggap sebagai salah satu pemain besbol terhebat sepanjang zaman.
Pujols merupakan pemukul terbaik pada zaman kemuncak kariernya." Beliau merupakan Pemain Terbaik National League (NL) pada tahun 2005, 2008 dan 2009 serta disenaraikan sebanyak 11 kali ke dalam All-Star (2001, 2003–2010, 2015, 2022). Beliau juga meraih enam kali Silver Slugger yang menyaksikan beliau telah mengetuai rekod NL dalam home run, purata pukulan serta merekodkan 3,000 pukulan kariernya sekali gus menjadi pemain ke-32 dalam sejarah MLB yang berjaya mencapai rekod berkenaan. Semasa musim 2022, Pujols kembali ke pasukan Cardinals dan menghasilkan rekod RBI dan jumlah bes kedua terbanyak dalam sejarah MLB di samping menjadi pemain keempat yang berjaya melakukan 700 pukulan home run.