Albert Hofmann
Albert Hofmann (11 Januari 1906 – 29 April 2008) ialah seorang saintis berbangsa Swiss yang terkenal sebagai orang pertama yang mensintesis, memakan dan mempelajari kesan psidelik drug dietilamida asid lisergik (LSD). Hoffman juga orang yang pertama yang mengasing, mensintesis dan menamakan sebatian cendawan psikedelik utama, psilosibin dan psilosin. Beliau menghasilkan lebih daripada 100 rencana saintifik dan juga beberapa buah buku, termasuk LSD: My Problem Child ("LSD: Anak Bermasalah Ku"). Pada tahun 2007, beliau berkongsi pangkat pertama, dengan Tim Berners-Lee, dalam senarai 100 orang bergeliga yang masih hidup anjuran akhbar The Telegraph, United Kingdom.