Albedo geometri

Dalam bidang astronomi, albedo geometri sesebuah objek samawi merujuk kepada nisbah kecerahan sebenar seperti yang dilihat daripada sumber cahaya (iaitu pada sudut fasa sifar) kepada sesebuah cakera yang secara idealnya rata, terpantul penuh, terserak baur (pantulan Lambert) dengan keratan rentas yang sama. (Sudut fasa ini merujuk kepada arah laluan cahaya dan bukan sudut fasa dalam pengertian biasa dalam bidang optik mahupun elektronik.)

Penyerakan baur menandakan bahawa sinaran terpantul secara isotropik tanpa mempunyai ingatan lokasi sumber cahaya kejadian. Sudut fasa sifar berpadanan dengan penglihatan sepanjang arah pencahayaan. Bagi pemerhati yang terikat pada Bumi, hal ini berlaku apabila jasad yang dimaksudkan berada pada kedudukan istiqbal dan pada kedudukan ekliptik.

Albedo geometri visual merujuk kepada kuantiti albedo geometri apabila mengira hanya sinaran elektromagnet dalam spektrum tampak.