Alan Brooke, Viscount Alanbrooke Pertama

Viscount Alanbrooke
Jeneral Sir Alan Brooke di mejanya di Pejabat Perang, London, pada 1942.
Nama lahirAlan Francis Brooke
Nama samaran"Brookie"
"Colonel Shrapnel"
Kelahiran(1883-07-23)23 Julai 1883
Bagnères-de-Bigorre, Perancis
Meninggal dunia17 Jun 1963(1963-06-17) (umur 79)
Hartley Wintney, Hampshire, England
DisemadikanPerkuburan gereja St Mary, Hartley Wintney, Hampshire, England
KesetiaanUnited Kingdom
PerkhidmatanTentera Darat British
Tahun perkhidmatan1902–1946
PangkatFil Marsyal
Jumlah perkhidmatan6439
UnitArtileri Diraja
ArahanKetua Turus Am Imperial (1941–1946)
Tentera Simpanan (1940–1941)
Kor II (1939–1940)
Markas Selatan (1939)
Divisyen Mobail (1937)
Briged Ke-8 Infantri (1934–1935)
Maktab Artileri (1929–1932)
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahKnight of the Order of the Garter
Knight Grand Cross of the Order of the Bath
Member of the Order of Merit
Knight Grand Cross of the Royal Victorian Order
Distinguished Service Order & Bar
Dipuji dalam Perutusan
Lihat bawah
Tugas lain
  • Lord High Constable England
  • Konstabel Menara London
  • Presiden Persatuan Zoologi London (1950–1954)
  • Naib Presiden Persatuan Diraja bagi Perlindungan Burung-Burung
  • Canselor Universiti Belfast Queen (1949–1963)

Fil Marsyal Alan Francis Brooke, Viscount Alanbrooke Pertama, KG, GCB, OM, GCVO, DSO & Bar (23 Julai 1883 – 17 Jun 1963), adalah seorang pegawai kanan Tentera Darat British. Beliau adalah Ketua Turus Am Imperial (CIGS), iaitu ketua profesional Tentera Darat British, semasa Perang Dunia II, dan telah dinaikkan pangkat ke Fil Marsyal pada 1944. Selaku pengerusi Jawatankuasa Ketua Turus, Brooke merupakan penasihat ketenteraan utama kepada Winston Churchill, iaitu Perdana Menteri British, dan menyelaras usaha perang British sehingga Pihak Bersekutu menang pada 1945. Selepas bersara dari Tentera Darat British, beliau menjadi Lord Konstabel England sewaktu Hari Pertabalan Ratu Elizabeth II pada 1953. Diari-diari perangnya menarik perhatian orang ramai terhadap kritikannya ke atas Churchill dan terhadap pandangan tajam Brooke ke atas tokoh-tokoh utama perang yang lain.