Alam berbilang
Alam berbilang, nekamesta atau multiversum (bahasa Inggeris: multiverse) ialah teori andaian yang menyatakan bahawa terdapatnya beberapa alam yang berasingan termasuk alam semesta kita sendiri yang dikelompokkan dalam suatu set yang membentuk suatu realiti.
Alam semesta yang diteorikan wujud bersama-sama dengan alam yang sedang dihuni ini dikenali sebagai alam selari (parallel universe) atau "alam alternatif" (alternative universe). Kesemua alam-alam ini merangkumi segala apa yang wujud termaksud ruang, masa, jirim, tenaga, hukum-hukum fizik serta pemalar yang menggambarkan ciri-ciri ini.
Konsep alam berbilang ini pertama kali diusulkan oleh William James, seorang filsuf dan ahli psikologi dari Amerika Syarikat pada tahun 1895.