Alah (kejuruteraan)

Suatu titik alah ialah titik dalam lengkung tegasan-terikan yang menandakan had pengakhiran sifat keanjalan dan permulaan sifat keplastikan sesuatu bahan. Suatu kekuatan alah atau tegasan alah ialah tegasan di mana sesuatu bahan mengalami alah.

Sebelum titik alah, sesuatu bahan memiliki sifat keanjalan, di mana bahan tersebut dapat kembali ke bentuk asal apabila diregangkan manakala selepas titik alah, bahan tersebut tidak boleh lagi kembali ke bentuk asal apabila diregangkan dan oleh itu, memiliki sifat keplastikan.

Dalam sesetengah lengkung, apabila titik alah adalah tidak jelas, titik alah ofset pula digunakan, di mana titk alah dianggap berlaku selepas terikan plastik mencapai 0.1% atau 0.2% (lazimnya 0.2%) saiz bahan asal.