Al-Khalil bin Ahmad

Al-Khalīl bin Ahmad Al Farāhīdi (أبو عبد الرحمن ، الخليل بن أحمد الفراهيدي) atau lebih dikenali sebagai Al Farahidi (718791 M), merupakan salah seorang pakar Arab dalam sains tatabahasa, dan yang menjumpai aturan prosodi, yang merupakan satu seni ciptaannya.

Dia meletakkan asas bahasa dalam bukunya bertajuk Kitāb al-`Ayn (Arab: كتاب العين, dikenali dari huruf pertama permulaannya) yang merupakan kamus Bahasa Arab terulung dibuat, teks piawai dalam penentuan peletakkan harakat dalam abjad Arab serta pempeloporan bidang musikologi and penemuan konsep matra dalam penulisan sajak. Kajiannya meneliti prosodi bahasa Arab turut mempengaruhi pembangunan prosodi dalam bahasa-bahasa Parsi, Turki dan Urdu.