Al-Juwaini
Al-Juwaini (419—478 H/1028—1085 M) merupakan seorang ahli fiqih, ahli kalam, dan imam dari mazhab Syafi'i dari Parsi yang terkemuka dan paling terkenal pada zamannya. Gelarannya adalah Imam al-Haramain, yang bermaksud Imam dari dua kota suci, iaitu, Mekah dan Madinah. Beliau merupakan guru kepada Imam Al-Ghazali.