Akuifer
Akuifer [a-kui-fĕr] adalah lapisan batu telap mengandungi air bawah tanah atau bahan peroi (batu kelikir, pasir, atau selut) yang air boleh diambil darinya dengan menggali perigi. Kajian aliran air dalam akuifer dan ciri-ciri akuifer dikenali sebagai hidrogeologi. Istilah berkait termasuk *akuifart*, yang merupakan lapisan kurang telap sepanjang akuifer, dan aquiclude (atau aquifuge), lapisan yang tidak telap di bawah atau di atas akuifer. Jika terletak di atas kawasan telap tekanan akuifer boleh menyebabkan ia membentuk akuifer tertutup.