Akselerometer

Akselerometer atau meter pecut ialah sejenis peranti yang mengukur pemecutan wajar, yakni, pecutan (atau kadar perubahan halaju) sesebuah jasad dalam rangka rehat seketikanya sendiri. Pecutan wajar ini tidak sama seperti pecutan berselaras yang tetap dalam sistem koordinat. Sebagai contoh, pecutan hasil graviti Bumi menegak terus diukur akselerometer yang kekal di atas permukaan Bumi pada g ≈ 9.81 m/s2. Sebaliknya, pecutan dalam jatuh bebas (jatuh ke arah pusat Bumi pada kadar sekitar 9.81 m/s2) akan disukat sebagai sifar.