Aksara Hanunuo

Aksara Hanunuo
(Mangyan Baybayin/
Surat Mangyan)
ᜱᜨᜳᜨᜳᜢ
Jenis tulisan
Tempoh masa
l.k. 1300–kini
Arah tulisanLeft-to-right, bottom-to-top 
Bahasa-bahasaBahasa Hanunuo
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan induk
Sistem tulisan kerabat
Dalam Filipina:

Aksara Buhid (Mangyan Baybayin, Surat Mangyan)
Aksara Kulitan (Súlat Kapampángan)
Aksara Tagbanwa
Aksara Ibalnan

Dalam negara lain:
Aksara Bali
Aksara Batak
Aksara Jawa
Aksara Lontara
Aksara Rejang
Aksara Sunda

Aksara Rencong
ISO 15924
ISO 15924Hano (), ​Hanunoo (Hanunóo)
Unikod
Alias Unikod
Hanunoo
Julat Unikod
U+1720–U+173F

Hanunuo (IPA: [hanunuʔɔ]), juga dieja sebagai Hanunoo atau Hanunó'o, ialah salah satu aksara yang berasal dari Filipina dan digunakan oleh orang Mangyan di selatan Mindoro untuk menulis bahasa Hanunuo.

Ia merupakan sejenis abugida turunan rumpun aksara Brahmi, berkait rapat dengan aksara Baybayin, dan terkenal kerana ditulis menegak ke atas, bukannya ke bawah seperti hampir semua aksara lain (walau bagaimanapun, ia dibaca mendatar dari kiri ke kanan). Ia biasanya ditulis pada buluh dengan menorehkan huruf dengan pisau. Kebanyakan prasasti Hanunuo yang terkenal agak baru kerana sifat buluh yang mudah rosak. Oleh itu, sukar untuk menelusuri sejarah aksara tersebut.