Ajith Kumar

Ajith Kumar
Kelahiran
Ajith Kumar Subramaniam

(1971-05-01) 1 Mei 1971
WarganegaraIndia
Nama lainThala
Ultimate Star
PekerjaanPelakon Filem, Model Lelaki, Pemandu Kereta Lumba
Tahun aktif1992–Sekarang
Terkenal keranaAsia Racer
PasanganShalini (2000–kini)
Anak-anakAnoushka
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "religion"

Ajith Kumar Subramaniam (lahir 1 Mei 1971) adalah seorang pelakon filem India dan salah satu pelakon utama yang aktif dan terkenal dalam Industri perfileman Bahasa Tamil. Selain lakonannya, Ajith juga seorang pemandu kereta lumba yang terkenal di India yang aktif dalam Formula Dua. Semasa waktu puncak beliau sebagai pemandu kereta lumba, beliau diangap sebagai pemandu kereta lumba ketiga terbaik di India. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon sampingan dalam filem Telugu sebelum mendapat pengiktirafan kritikal untuk lakonan beliau dalam filem seram ngeri Tamil Aasai (1995), sebelum mewujudkan dirinya sebagai hero romantik dengan lakonan dalam filem-filem seperti Kadhal Kottai (1996), Aval Varuvala (1998) dan Kaadhal Mannan (1998).Kemudian, beliau mewujudkan dirinya sebagai pelakon aksi dengan filem-filem popular, termasuk Amarkalam (1999), Dheena (2001), Villain (2002), Attagasam (2004), Varalaru (2006), Billa (2007), Mankatha (2011), Arrambam (2013) dan Veeram (2014). Ajith Kumar dikenali sebagai Thala (Kepala) antara peminatnya.