Aishah II

Aishah II
Album studio oleh
Dilancarkan pada1991 (1991)
Dirakamkan pada1990
TempatMalaysia
GenrePop
BahasaBahasa Melayu Malaysia
SyarikatCBS Music Publishing (M) Sdn Bhd
PenerbitAdnan Abu Hassan
Kronologi Aishah
Aishah
(1990)
Aishah II
(1991)
Aishah III: Asia Sedunia
(1992)
sunting · sunting di Wikidata


Aishah II adalah album studio kedua penyanyi wanita Malaysia, Aishah. Ia meneruskan legasi pop Aishah dan merupakan antara album Pop terbaik di awal tahun 90'an. Aishah juga mengekalkan Adnan Abu Hassan sebagai salah seorang komposer dan penerbit dalam album ini. Kemaafaan Dendam Yang Terindah menjadi single utama dan diletakkan dalam Track pertama. Lirik lagu ini merupakan hasil nukilan penulis lirik prolifik Habsah Hassan. Ia dikatakan antara lirik terbaik dihasilkan oleh beliau.

Antara yang menarik dalam album ini, adalah dengam menampilkan lagu Fatwa Pujangga sebagai meneruskan kesinambungan karya irama melayu asli seperti lagu Bahtera Merdeka dalam album terdahulu. Jelas lenggok lagu melayu Aishah bertmbah baik dan jitu. Aishah mula dikenali dengan menyanyikan lagu-lagu pop dan R&B di New Zealand. Tidak dilupakan lagu Seloka Rindu yang menyelitkan unsur irama joget dan elemen latin.

Antara karya-karya yang menarik dan menjadi siulan sehingga kini ialah lagu Kasih Kita, Dari Mata Sedih dan Ayah. Menerusi lagu Ayah, Diselitkan satu monolog oleh Aisyah di permulaan lagu.