Aishah Atan
Aishah Atan | |
|---|---|
| Kelahiran | Siti Aishah binti Atan 13 April 1971 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1983–kini |
| Anak-anak |
|
Siti Aishah Atan (lahir 13 April 1971) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Aishah membuat penampilan pertama dalam bidang lakonan menerusi drama bersiri Opah terbitan Radio Televisyen Malaysia pada tahun 1983. Dia membawa watak sebagai rakan kepada Khaty yang dilakonkan Kasmadiana dalam drama tersebut.