Airplane!
| Airplane! | |
|---|---|
| Pengarah |
|
| Penulis |
|
| Berdasarkan |
|
| Dihasilkan oleh | Jon Davison |
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | Joseph Biroc |
| Disunting oleh | Patrick Kennedy |
| Muzik oleh | Elmer Bernstein |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Paramount Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 87 minit |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Inggeris |
| Bajet | $3.5 juta |
| Pecah panggung | $130 million |
Airplane! (atau bertajuk Flying High!) ialah filem bencana satira Amerika 1980 ditulis dan diarahkan oleh David dan Jerry Zucker dan Jim Abrahams, dan dihasilkan oleh Jon Davison. Ia dibintangi oleh Robert Hays dan Julie Hagerty serta menampilkan Leslie Nielsen, Robert Stack, Lloyd Bridges, Peter Graves, Kareem Abdul-Jabbar, dan Lorna Patterson. Ia merupakan filem parodi genre filem bencana terutamanya filem Paramount Zero Hour! (1957), dari mana meminjam plot dan watak-watak utama, serta banyak unsur dari filem-filem lain dalam siri Airport sejak filem pertama tahun 1975. Filem ini terkenal dengan penggunaan humor sureal dan komedi slapstick pantas, termasuk visual dan kata-kata lisan, lelucon, dan humor tidak jelas.
Filem ini laris hebat dengan kutipan lebih dari AS$83 juta di Amerika Utara sahaja melebihi belanja anggaran hanya AS$3,5 juta. Pencipta film ini menerima Writers Guild of America Award untuk Komedi Adaptasi Terbaik serta dicalonkan Anugerah Golden Globe dalam kategori Filem Terbaik – Muzikal atau Komedi dan BAFTA Award untuk Skenario Terbaik.
Pada tahun-tahun sejak rilis, reputasi Airplane!' telah tumbuh dengan pesat di luar tujuan komik sederhana. Film ini terpilih sebagai film komedi Amerika terlucu ke-10 pada daftar 100 Years... 100 Laughs di AFI pada tahun 2000, dan peringkat ke-6 pada 100 Funniest Movies di Bravo. Dalam survei 2007 utama oleh Channel 4 di Britania Raya, film itu dinilai film komedi terbesar kedua di sepanjang masa. Pada tahun 2008, Airplane! dipilih majalah Empire dalam senarai The 500 Greatest Movies of All Time.