Air qamari
Air qamari atau air bulan merujuk kepada jumlah kecil air yang mungkin hadir pada permukaan Bulan. Air qamari mungkin hadir di zon sejuk di kutub Bulan yang sentiasa dalam bayang dalam bentuk ais. Air tidak boleh wujud dalam bentuk cecair di Bulan, dan sebarang wap air akan segera hilang ke angkasa lepas.
Walaupun kehadiran ais air di Bulan telah dijangka oleh pelbagai saintis sejak tahun 1960-an, bukti yang tidak konklusif mengenai kewujudan ais air bebas juga telah dikenal pasti. Bukti yang pertama dan tidak dapat disangkal mengenai kehadiran air di Bulan telah diberikan oleh muatan Chace yang dibawa oleh Moon Impact Probe yang dilepaskan oleh Chandrayaan-1 (चन्द्रयान-1, சந்திரயான்-1) pada tahun 2009, dan disahkan serta dibuktikan oleh NASA.
Air ini mungkin terhasil daripada perlanggaran komet, asteroid dan meteor yang membawa air dengan Bulan atau melalui proses hentaman ion hidorogen (proton) dari angin suria dengan mineral beroksigen. Pencarian kehadiran air di kawasan-kawasan sejuk dan gelap telah menjadi perhatian beberapa misi qamari baru-baru ini.