Air mata

Air mata, (jawi: أير مات ) adalah cecair jernih dirembeskan kelenjar khas yang terdapat pada biji mata semua mamalia darat (kecuali kambing dan arnab). Rembesan ini bertujuan termasuk melincirkan mata, menghilangkan bendasing yang merengsa (air mata refleks), dan membantu sistem imun . Air mata juga dikeluarkan sebagai sebahagian daripada tindak balas semula jadi baik dari kesakitan dialami tubuh mahupun kerana merasai emosi tertentu seperti kegembiraan atau kesedihan; fenomena ini khusus dalam kalangan manusia di mana rembesan air mata membantu mengeluarkan hormon penyebab stres ketika ditekan secara emosi.

Air mata terdiri dari air, elektrolit, protein, lipid dan mukin yang membentuk lapisan pada permukaan mata; komposisi kimia jenis air mata yang dikeluarkan bergantung kepada jenis tujuan air m Jenis air mata yang berlainan - basal, refleks, dan emosi - komposisi berbeza.