Ainol Jamal

Ainol Jamal
Kelahiran
Ainol Jamal bin Zainal

Warganegara Malaysia
Nama lainAzida NS
Zur'Ain
PekerjaanPengacara
Juruhebah radio
Komposer
Penulis lirik
Tahun aktif1985 - kini
Kerjaya muzik
GenreRock, Balada

Ainol Jamal bin Zainal atau lebih dikenali sebagai Ainol Jamal merupakan seorang juruhebah (DJ) radio dan pengacara terkenal yang menempa nama dalam industri muzik Malaysia sekitar tahun 80-an dan awal 90-an. Ainol Jamal juga merupakan seorang komposer dan penulis lirik terkenal tanah air yang banyak menyumbangkan karyanya kepada artis-artis terkenal tanah air seperti Medicine (Tika Dan Saat Ini), Dinamik (Dilema Rindu), Gamma (Kembang Terhalang), Spring (Sejiwa), Fotograf (Di Alam Fana Cintamu) dan banyak lagi. Beliau juga turut dikenali dengan dua nama penanya iaitu Azida NS dan Zur'Ain.