Aiguillette

Aiguillette (Perancis: [ɛɡɥijɛt]  ( dengar), dari perkataan aiguille, "jarum"), juga di eja aguillette, aiglet atau aglet, ialah gumpalan tali pintal dengan hujung logam atau tag renda, atau hujung berhias.

Pengikat tali sutera dengan hujung logam yang berfungsi atau hiasan sepenuhnya adalah popular pada abad ke-16 dan awal abad ke-17, kadangkala diperbuat dari emas bertatahkan batu permata atau enamel, biasanya dipanggil "aiglets", "aglets" atau "points".

Dalam penggunaan moden, "aiguillette" ialah sejenis tali pintal ornamen berserta hujung logam dekoratif yang dipakai pada pakaian seragam atau sebahagian daripada kostum lain seperti pakaian akademik, dimana ia menandakan penghormatan. Penggunaan "aiguillette" ini berasal daripada tali yang digunakan untuk mengikat seluruh plat armor. Oleh itu, gulungan simpulan atau gelung digunakan dengan cara di gantung pada bahu.

Jangan dikelirukan pula dengan aksesori lanyard, iaitu sejenis tali yang juga terletak pada bahagian bahu (atau di leher) di uniform yang berbeza pada lain acara atau kerja, tetapi tidak mempunyai hujung aiguillette yang runcing dan biasanya daripada gentian berbanding dawai emas atau perak, dan selalunya tidak berpintal. Istimewanya, aiguillette ini hanya dipakai untuk acara rasmi ketenteraan seperti perbarisan diraja, perbarisan kawalan kehormat, kawalan suku dan acara-acara rejimental lain. Walaupun berbeza acara, fungsinya tetap sama sebagai aksesori wajib.

Hujung aglet atau tali kasut moden dan hujung dekoratif pada tali bolo ialah jenis aiguillette.