Ahmad Tarmimi Siregar
Ahmad Tarmimi Siregar | |
|---|---|
| Kelahiran | Ahmad Tarmimi Siregar bin Kamarudin Siregar 17 Januari 1950 |
| Pekerjaan | Pelakon, pengacara, penyanyi, pengarah, penerbit |
| Tahun aktif | 1970–kini |
| Pasangan | Datin Zuhaila Siregar Sulaiman (k. 1990; m. 2020) |
| Anak-anak | 3 |
Yang Berbahagia Dato' Ahmad Tamimi Siregar bin Kamarudin Siregar (lahir 17 Januari 1950) ialah seorang pelakon, pengacara, penyanyi dan pengarah veteran Malaysia yang terkenal dalam bidang lakonan wayang gambar dan televisyen. Antara pengalaman beliau dalam filem termasuk memegang watak utama dalam filem Abang dan Pemburu pada 1980-an. Selain itu, beliau juga terkenal sebgai pengarah pementasan teater Rubiah, dan juga merupakan seorang pelakon suara latar animasi yang terlibat dalam rakaman animasi tempatan dan bahan-bahan asing yang dialih suara ke Bahasa Malaysia, seperti dalam Muhammad Utusan Terakhir.