Ahmad Nor
Ahmad Nor adalah ahli politik DAP dan Presiden kesatuan sekerja CUEPACS (1983-1986). Beliau bekas Presiden Peninsular Malaysia Customs Officers Union..Beliau pernah bertanding di dalam Pilihan raya kecil Gopeng 1987 tetapi tewas dengan undi diperolehi 8,096 undi manakala calon Barisan Nasional Dr. Ting Chew Peh memperolehi 12,619 undi. Beliau menang di Bayan Baru (1990), kalah 1995 dan kalah lagi di DUN Damansara Utama (1999).
Ahmad Nor menyertai DAP selepas Pilihan raya umum Malaysia 1986. Beliau bertanding dalam pilihan raya kecil Gopeng 1987 tetapi tewas kepada Setiausaha Agung MCA, Dr Ting Chew Peh.
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1990 beliau menang bertanding di parlimen Bayan Baru,Pulau Pinang kerana kawasan ini adalah kawasan bercampur antara kaum Melayu dengan Cina. Beliau adalah orang Melayu dari DAP yang pertama terpilih menjadi ahli parlimen / Dewan Rakyat. Dalam pilihan raya 1986, DAP menang 24 kerusi parlimen dan 37 kerusi negeri. Sementara UMNO menang 83 kerusi.
Orang Melayu lain yang menyertai DAP ialah Mohd Nor Jette; Ahmad Ton ; Ibrahim Singgeh ; Timbalan Presiden DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim ; Senator Zainal Rampak ; Fadzlan Yahya, dan Mohd Asri Othman. Kebanyakan mereka aktif dalam NGO dalam kesatuan sekerja sebelum dijemput menyertai DAP.
Pada 1990, Ahmad Nor bersaing dengan Chen Man Hin merebut jawatan Pengerusi DAP Kebangsaan tetapi kalah. Ahli DAP memilih Chen Man Hin (calon DAP Seremban) yang kalah dalam pilihan raya 1990.
Pada 1999 beliau tewas padA calon BN Lim Choon Kim di N25 Damansara Utama, Selangor
Sejak 1969, DAP mempunyai 6 ahli politik Melayu yang menang dalam pilihan raya. Mereka ialah Ibrahim Singgeh- Tapah Road1969 (sekarang Air Kuning) ; Haji Hassan bin Haji Ahmad - Si Rusa ; Ahmad Nor - Bayan Baru (1990-1995) ; Setiausaha Agung DAP, Daing Ibrahim Othman ; Mohd Salleh Nakhoda Itam dan Fadzlan Yahya -Pasir Bedamar. Zaharah Ibrahim (DAP) tewas Menteri Besar Perak Tan Sri Ghazali Jawi di Kenering.