Ahmad Khatib Al-Minangkabawi

Ahmad Khatib Al-Minangkabawi
ٱحمد خاطب الميننكاباوي
Kelahiran(1860-06-26)26 Jun 1860
Koto Tuo, Balai Gurah IV Angkek, Agam, Sumatera Barat
Meninggal dunia13 Mac 1916(1916-03-13) (umur 55)
Pekerjaanimam, penulis, agamawan
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "main_interests"

Syaikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif Al-Minangkabawi (Arab: شيخ ٱحمد خاطب بن عبدالطيف الميننكاباوي, 26 Jun 1860 ― 13 Mac 1910) adalah ulama besar asal Tanah Besar Minang yang pernah menjadi imam, khatib, dan guru besar di Masjidil Haram, sekaligus mufti Mazhab Syafie pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Meskipun Ahmad Khathib adalah seorang Muslim Sunni, dia masih berharap untuk mendamaikan sistem matrilineal di Minangkabau dengan hukum warisan yang ditentukan dalam Al-Quran. Ajaran dibawa beliau baik di Sumatera mahupun di Mekah erusaha mencenderungkan adat budaya Minangkabau agar diselarikan berdasarkan Al-Qur'an dan Sunah.

Beliau mempunyai peranan penting di Makkah al Mukarramah dan di sana menjadi guru para ulama Nusantara. Bahkan, banyak pemimpin reformis Islam Indonesia belajar darinya, termasuk Ahmad Dahlan dan Hasyim Asy'ari masing-masing Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama iaitu pertubuhan Islam amat berpengaruh di rantau tersebut.