Ahmad C
Ahmad C | |
|---|---|
| Kelahiran | Mohamad bin Abdul Hamid 1932 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
| Meninggal dunia | 14 Januari 2010 (berumur 77–78) |
| Sebab kematian | Masalah jantung |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Kota Tinggi, Johor |
| Warganegara | Singapura |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
| Tahun aktif | 1951–2010 |
| Anak-anak | 6 |
Mohamad bin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Ahmad C (1932 – 14 Januari 2010) merupakan seorang penyanyi dan pelakon veteran Singapura.
Beliau banyak berlakon dalam beberapa filem terbitan Malay Film Productions, seperti Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Abu Hassan Penchuri, Ibu Mertua-ku, Seniman Bujang Lapok dan Raja Bersiong.
Ahmad C juga pernah menganggotai kumpulan Panca Sitara 1 dan 2 sekitar era 50-an bersama P. Ramlee, Kassim Masdor, Aziz Jaafar dan Normadiah. Beliau juga kadangkala dikreditkan sebagai Mohamad Hamid iaitu nama sebenar beliau dalam filem-filem lakonannya.