Ahli sains makmal perubatan

Ahli sains makmal perubatan
اهلي ساءين س معمل ڤروبتن
Seorang ahli sains makmal perubatan di National Institutes of Health, US menyediakan sampel DNA.
Pekerjaan
Jenis
Profesional
Sektor kegiatan
Kepakaran
* Biokimia
  • Bioperubatan (boleh mengamal dalam bidang pengkhususan yang lain kecuali Forensik)
  • Embriologi
  • Mikrobiologi
  • Forensik
  • Genetik
Penerangan
Kemahiran
Kemahiran analisis, kawalan kualiti dan pengetahuan perubatan dan teknologi makmal, etika, seni dan sains perubatan, kemahiran analitik, dan pemikiran kritis
Pendikan yang diperlukan
* Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan (BBiomed Sc.)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Forensik (BSc Forensic Sc.)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Biokimia, Genetik, Mikrobiologi) (BSc)
  • Ijazah Sarjana Sains (MSc)
  • Doktor Falsafah (PHD)
Bidang pekerjaan
* Hospital
  • Klinik
  • Agensi Kerajaan
  • Industri
sunting

Ahli sains makmal perubatan (Jawi:اهلي ساءين س معمل ڤروبتن) juga dikenali sebagai saintis makmal perubatan (Inggeris: Medical laboratory scientist, MLS) merupakan profesion kesihatan bersekutu yang memainkan peranan kritikal dalam sistem penjagaan kesihatan, khususnya dalam bidang diagnosis dan kajian perubatan, bertanggungjawab menjalankan analisis klinikal ke atas pelbagai jenis sampel perubatan seperti darah, air kencing, tisu, dan cecair tubuh yang lain menggunakan peralatan makmal berteknologi tinggi dalam pelbagai disiplin makmal perubatan serta tidak terhad kepada Biokimia, Sitologi, Embriologi, Forensik, Genetik, Hematologi, Histopatologi, Immunohematologi, Mikrobiologi, dan Diagnostik Molekul, juga menetapkan piawaian kualiti, melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti, memantau prestasi ujian diagnostik, membangunkan kaedah dan prosedur, menilai alatan dan metadologi, menyelesaikan masalah dan menjalankan penyelidikan. Mereka bekerja di belakang tabir, tetapi sumbangan mereka sangat kritikal kerana keputusan ujian yang mereka hasilkan menjadi asas kepada doktor untuk membuat diagnosis tepat, merancang rawatan, dan memantau keberkesanan terapi pesakit. Mereka bertanggungjawab melakukan analisis saintifik yang tepat dan berfungsi sebagai tulang belakang kepada diagnosis kesihatan. Mereka turut terlibat dalam penyelidikan perubatan, pengesanan wabak, serta pemantauan trend penyakit berjangkit seperti COVID-19, denggi, atau tuberkulosis, yang secara langsung menyumbang kepada perlindungan kesihatan awam.

Dalam melaksanakan tugas harian, mereka wajib mematuhi piawaian kualiti dan prosedur keselamatan yang ketat bagi memastikan ketepatan keputusan ujian serta mencegah pencemaran atau jangkitan silang. Contohnya, ketika mengendalikan sampel berisiko tinggi seperti patogen berbahaya, penggunaan alat pelindung diri (APD) dan teknik aseptik adalah mandatori. Mereka juga bertindak sebagai penasihat teknikal kepada doktor atau juruteknik makmal mengenai metodologi ujian yang sesuai berdasarkan keadaan klinikal pesakit. Kebanyakan ahli sains makmal perubatan berkhidmat di hospital kerajaan, klinik swasta, institusi penyelidikan seperti Institut Penyelidikan Klinikal, atau makmal kesihatan awam di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).