Ahli Morning Musume

Laman ini mengandungi kesemua ahli terkini dan bekas ahli kumpulan J-pop, Morning Musume '25. Ahli kumpulan ini sering bertukar ganti, hampir setiap tahun berlangsungnya uji bakat untuk mencari ahli baru dan graduasi bagi ahli sedia ada.

Terkini, Morning Musume '23 dianggotai 14 orang ahli. Sejak penubuhan kumpulan, seramai 47 orang jumlah ahli telah menyertai, 31 orang ahli telah bergraduasi, dan 2 orang telah mengundurkan diri.

Setiap penambahan ahli yang dipilih daripada suatu siri uji bakat terbuka dikategorikan sebagai satu generasi, namun ahli baru mungkin juga dipilih secara terus daripada barisan pelatih atau barisan artis agensi Hello! Project. Graduasi boleh diadakan pada bila-bila masa sepanjang karier sebagai ahli mengikut kesesuaian.