Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16

Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 dianggotai oleh individu yang telah terpilih melalui pilihan raya negeri Sabah 2020 atau dilantik oleh kerajaan ke Dewan Undangan Negeri Sabah bagi sesi ke-16. Seramai 73 orang individu telah mendapat tempat dalam DUN hasil pilihan raya negeri, dan 6 orang individu telah dilantik. Tempoh khidmat ADUN Sabah ke-16 bermula pada 26 September 2020 sejurus selesainya pilihan raya negeri sehingga ia dibubarkan pada 6 Oktober 2025.