Ahad Palma

Ahad Palma
Salib dihiasi daun pelepah semasa kebaktian Ahad Palma di Petaling Jaya
Diraikan oleh/di
Kristian
Kepentinganmemperingati kemasukan Yesus kembali ke Yerusalem; hari pertama dalam Minggu Suci
UpacaraKehadiran gereja, merahmati dan pengagihan palma, perarakan gereja, menggantung dahan palma diperoleh daripada liturgi gereja di belakang karya seni Kristian atau meletakkan pelepah palma dalam Alkitab dan kitab setia
TarikhPesta berubah-ubah, Ahad sebelum Paskah
Tarikh 2024
  • Mac 24 (Barat)
  • April 28 (Timur)
Tarikh 2025
  • April 13 (Barat)
  • April 13 (Timur)
Tarikh 2026
  • Mac 29 (Barat)
  • April 5 (Timur)
Tarikh 2027
  • Mac 21 (Barat)
  • April 25 (Timur)

Ahad Palma ialah pesta berubah-ubah Kristian yang jatuh pada hari Ahad sebelum Paskah. Pesta ini memperingati peristiwa masuknya kembali tokoh Yesus ke Yerusalem yang disebut di setiap empat Injil terkanun. Ahad Palma menandakan hari pertama Minggu Suci/Kudus, minggu terakhir musim takzim Kristian Pra-Paskah yang mendahului ketibaan musim Paskah.

Jemaah gereja yang menghadiri kebaktian hari ini mendapatkan daun pelepah kurma (bahasa Latin: palma) memperingati kelakuan banyak penduduk Yerusalem menyambut kehadiran tokoh tersebut: pelepah ini melambangkan kemenangan martir menumpaskan dosa sendiri saat meninggal dunia dikiaskan kepada kehijauan musim bunga menggantikan musim salji.