Aggregat (siri roket)

Siri aggregat adalah satu set reka bentuk peluru berpandu balistik yang dibangunkan pada tahun 1933–45 oleh program penyelidikan tentera (Wehrmacht) Jerman Nazi. Kejayaan terbesarnya ialah A4, lebih dikenali sebagai roket V-2. Perkataan Jerman Aggregat merujuk kepada sekumpulan bahagian atau komponen mesin, yang dipasang-pasang menjadi satu.