Agensi Sekitaran Kebangsaan

Agensi Sekitaran Kebangsaan
اݢينسي سکيترن کبڠساٴن

Ibu pejabat Agensi Sekitaran Kebangsaan
Intisari agensi
Dibentuk1 Julai 2002 (2002-07-01)
Bidang kuasa
Pemerintah Singapura
Ibu pejabat40 Scotts Road, #13-00 Environment Building, Singapore 228231
Eksekutif agensi
  • Cheryl Leong, Pengerusi
  • Tan Meng Dui, Ketua Pegawai Eksekutif
Agensi induk
Kementerian Kemampanan dan Sekitaran
Laman sesawang
www.nea.gov.sg
ID agensiT08GB0035F

Agensi Sekitaran Kebangsaan (Bahasa Inggeris: National Environment Agency; Cina: 国家环境局; singkatan: NEA) adalah sebuah badan berkanun Pemerintah Singapura di bawah Kementerian Kemampanan dan Sekitaran. Agensi ini bertanggungjawab dalam meningkatkan dan melestarikan sekitaran yang bersih dan hijau di Singapura seperti membasmi pencemaran, mengekalkan kesihatan awam dan menyediakan maklumat kaji cuaca.

Pada 1 April 2019, tugas-tugas berkaitan makanan telah diserap oleh badan pengganti Agensi Makanan Singapura (SFA), yang turut mengambil tugas-tugas daripada dua lembaga berkanun lain iaitu Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan (AVA) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA).