Agensi Keselamatan Negara
39°06′32″N 76°46′12″W / 39.109°N 76.770°W
| National Security Agency | |
| Fail:Flag of the United States Seal of the United States National Security Agency.svg Bendera Agensi Keselamatan Negara | |
| Intisari agensi | |
|---|---|
| Dibentuk | 4 November 1952 |
Bidang kuasa | Amerika Syarikat |
| Ibu pejabat | Fort Meade, Maryland |
| Kakitangan | 40,000 |
| Belanjawan tahunan | Sulit |
Agensi induk | Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat |
Laman sesawang | http://www.nsa.gov |
Agensi Keselamatan Negara atau juga diterjemahkan sebagai Perkhidmatan Keselamatan Pusat (bahasa Inggeris: National Security Agency atau Central Security Service iaitu NSA atau CSS) merupakan agensi perisikan kriptologi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab atas pengumpulan dan analisa komunikasi dan perisikan isyarat luar negara, serta melindungi komunikasi dan sistem maklumat kerajaan Amerika Syarikat secara kriptanalisa dan kriptografi.
NSA diarah oleh sekurang-kurangnya seorang leftenan jeneral atau naib laksamana. NSA ialah sebuah komponen utama Komuniti Perisikan Amerika Syarikat yang diketuai oleh Pengarah Perisikan Negara. Perkhidmatan Keselamatan Pusat (CSS) ialah sebuah agensi sekedudukan yang diwujudkan untuk menyelaraskan kegiatan perisikan dan kerjasama antara between NSA dan agensi-agensi kriptanalisa tentera AS yang lain. Pengarah Agensi Keselamatan Negara berkhidmat selaku Komander Pusat Perintah Siber Amerika Syarikat dan Ketua Perkhidmatan Keselamatan Pusat.
Mengikut undang-undang, usaha perisikan NSA terhad kepada komunikasi luar negara, tetapi pernah tercetusnya kejadian seperti kontroversi pemantauan tanpa waran.