Agamemnon
| Agamemnon | |
|---|---|
Raja Mykenai Panglima puak Akhaia | |
Gambaran Agamemnon dari abad ke-5 SM, terduduk sambil memegang cogan alam. | |
| Maklumat peribadi | |
| Adik-beradik | Menelaus |
| Pasangan | Clytemnestra |
| Anak | Orestes, Iphigenia, Electra, Chrysothemis, Iphianassa, Chryses |
Dalam mitologi Yunani, Agamemnon (Bahasa Yunani Kuno: Ἀγαμέμνων Agamémnōn) ialah raja Mykenai yang mengepalai puak Akhaia semasa Perang Troia. Dia ialah anak (atau cucu) kepada Raja Atreus dan Permaisuri Aerope; abang kepada Menelaus; suami kepada Clytemnestra dan bapa kepada Iphigenia, Iphianassa, Electra, Laodike, Orestes dan Chrysothemis. Legenda mengatakan dia raja Mykenai atau Argos, dianggap nama yang berbeza untuk tempat yang sama. Agamemnon terbunuh selepas kembali dari Troia oleh Clytemnestra, ataupun dalam versi ceritanya yang lebih tua, oleh kekasih Clytemnestra iaitu Aegisthus.