Afzan A. Rahman
Afzan A. Rahman | |
|---|---|
| Kelahiran | Afzan bin A Rahman 22 Oktober 1982 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2008-kini |
| Ketinggian | 5 ft 11 in (1.80 m) |
| Pasangan | Hasliza Md Sharasan |
| Anak-anak | 2 |
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"
Afzan bin A Rahman (lahir 22 Oktober 1982) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula mencipta nama selepas menyertai pertandingan realiti pencarian bakat baru Anak Wayang Musim Pertama pada April 2009. Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Kecuali Cintamu menerusi watak pembantu sebagai Mekanik. Nama beliau semakin dikenali menerusi lakonan drama dan telefilem dan kerap memegang watak pembantu. Beliau mula dikenali menerusi watak Saiful menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Beliau juga kerap berlakon di bawah produksi A. Aida Production. Drama terkini sedang di siarkan di Astro Ria bertajuk Takdir itu Milik Aku ( march2024-june2024)