Aerotren (Kuala Lumpur)

Aerotren
Umum
JenisPenggerak penumpang
StatusBeroperasi
LokasiLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia
TerminalBangunan Terminal Utama
Terminal Satelit A
Stesen2
Perkhidmatan1
Operasi
Dibuka1998
Ditutup2022
Dibuka semula1 Julai 2025
PemilikMalaysia Airports Holdings Berhad
PengendaliMalaysia Airports Holdings Berhad
Stok kereta api3 set tren 3-gerabak Bombardier Innovia APM 100
Teknikal
Panjang landasan1.2 km (0.75 bt)
Kelajuan operasiKelajuan maksimum 56.3 km/h, Kelajuan minimum 46.7 km/h
Ketinggian tertinggiSebahagian berada di bawah tanah
Peta laluan
Aerotren KLIA
Terminal A
Terminal Utama 67
Operasi, Penyenggaraan
dan Kemudahan Storan
Terminal B
dalam
pembinaan

Aerotren ialah sistem penggerak penumpang automatik yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Malaysia. Dibuka pada tahun 1998 seiring dengan pembukaan KLIA, sistem aerotren terdiri daripada dua stesen, satu di bangunan terminal utama dan satu lagi di bangunan terminal satelit.

Walau bagaimanapun, aerotren di KLIA telah dibelenggu dengan isu pengoperasian dan penyenggaraan sejak lewat 2000-an. Perkhidmatan aerotren diganung kira-kira dua tahun setengah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan dan penggantian.

Semasa fasa akhir ujian, menteri pengangkutan telah mengumumkan bahawa sistem ini dijangka memulakan operasi pada 1 Julai 2025.

Aerotren secara rasmi memulakan semula operasi pada 1 Julai 2025, dengan tren pertama memasuki perkhidmatan pada 10 pagi.