Aerogel
Aerogel ialah sejenis bahan ultraringan berliang sintetik terbitan gel di mana komponen cecair gel tersebut digantikan dengan gas lalu menghasilkan suatu pepejal berketumpatan sangat rendah dan rendah daya pengaliran termanya. Ia tampak kelihatan lutcahaya kerana isinya yang menyerakkan cahaya.
Bahan ini dihasilkan dengan mengekstrakkan cecair pelbagai sebatian kimia secara perlahan-lahan melalui kaedah pengeringan lampau genting (supercritical drying) yang membolehkan cecair menyejat dengan perlahannya tanpa meruntuhkan matriks pepejal gel yang sering berlaku akibat tindakan rerambut hasil kaedah penyejatan yang biasa.
Nama "aerogel" dengan sendirinya tidaklah merupakan suatu bahan tunggal dengan formula kimia tetapi lebih merujuk kepada kelompok mana-mana bahan yang mempunyai struktur geometri yang sama.