Aedes albopictus

Aedes albopictus
Nyamuk Aedes Albopictus betina mula makan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Subgenus:
Stegomyia
Spesies:
A. albopictus
Nama binomial
Aedes albopictus
(Skuse, 1894)
Dark blue: Native range
Dark green: introduced (as of December 2007)
Sinonim

Culex albopictus Skuse, 1894

Nyamuk Aedes Albopictus (Stegomyia albopicta), sejenis nyamuk keluarga (Culicidae), bercirikan kaki belang hitam putih, dan badan kecil berbelang hitam putih. Ia berasal di kawasan tropika dan separa tropika di Asia Tenggara; bagaimanapun, dalam tempoh beberapa abad kebelakangan ini spesies ini telah menceroboh banyak negara di seluruh dunia melalui pengangkutan barangan dan peningkatan pengembaraan antarabangsa. Nyamuk ini telah menjadi serangga perosak utama di kebanyakan masyarakat kerana kaitan rapatnya dengan manusia (berbanding di kawasan berpaya), dan biasanya terbang dan menghisap darah pada siang hari selain pada subuh dan maghrib. Dalam bahasa Inggeris, nyamuk ini dikenali sebagai nyamuk harimau kerana ciri belangnya sama seperti belang harimau. Aedes albopictus merupakan vektor epidemik penting bagi penyebaran banyak pantogen virus, termasuk virus Nil Barat, Demam Kuning, St. Louis encephalitis, demam denggi, dan demam Chikungunya, termasuk juga beberapa filarial nematodes seperti Dirofilaria immitis.