Adnan bin Saidi
| Allahyarham Leftenan ke-2 Adnan bin Saidi عدنان بن سيدي SM, DM, WM, Rekrut Terbaik (RMR) | |
|---|---|
Leftenan Adnan, salah seorang pahlawan dari Rejimen Melayu yang menentang Tentera Imperial Jepun dengan sengit dan bertempur dengan kematiannya semasa Pertempuran Pasir Panjang di Singapura pada tahun 1942. | |
| Nama lahir | Adnan bin Saidi |
| Kelahiran | 14 Ogos 1915 Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia) |
| Meninggal dunia | 14 Februari 1942 (umur 26) Pasir Panjang, Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
| Kesetiaan | Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) |
| Tahun perkhidmatan | 1935–1942 |
| Pangkat | Leftenan Muda |
| Unit | Platun ke-7, Kompeni C, Briged 1 Malaya |
| Pertempuran | Pertempuran Pasir Panjang |
| Anugerah | Rekrut terbaik di Rejimen Melayu (3 pingat British) |
Adnan bin Saidi (Jawi: عدنان بن سيدي; 14 Ogos 1915 – 14 Februari 1942) atau lebih dikenali sebagai Leftenan Adnan merupakan seorang anggota tentera dan askar Tanah Melayu dari Briged Infantri 1 yang bertempur dengan Jepun dalam Pertempuran Singapura. Beliau dianggap oleh rakyat Singapura dan rakyat Malaysia hari ini sebagai wira untuk tindakannya dalam Pertempuran Bukit Candu untuk Pasir Panjang. Nama beliau juga diabadikan pada Kenderaan Perisai Tempur (MACV).