Adik-beradik Montgolfier

Joseph-Michel Montgolfier (26 Ogos 1740 – 26 Jun 1810) dan Jacques-Étienne Montgolfier (6 Januari 1745 – 2 Ogos 1799) merupakan pencipta belon udara panas gaya Montgolfière, yang dipanggil globe aérostatique. Adik-beradik ini berjaya melancarkan penerbangan belon yang pertama kalinya membawa manusia ke udara, dengan penerbangan Etienne. Kemudian, pada bulan Disember 1783, sebagai tanda pengiktirafan kejayaan mereka, bapa mereka Pierre dinobatkan sebagai ahli bangsawan dan diberi gelaran de Montgolfier oleh Raja Louis XVI dari Perancis.