Aden
12°48′N 45°02′E / 12.800°N 45.033°E
Aden
عَدَنْ 𐩲𐩵𐩬 | |
|---|---|
Modal sementara dan Bandar | |
Mengikut arah jam dari atas: Masjid Aban di Kawah, Patung Ratu Victoria, Pelabuhan Aden, Pantai Abyan, Daerah Kawah, Daerah Mualla | |
Peta daerah Aden | |
Aden Lokasi di Yaman | |
| Koordinat: 12°48′N 45°02′E / 12.800°N 45.033°E{{#coordinates:}}: tidak boleh ada lebih daripada satu teg utama sehalaman | |
| Negara | Yaman |
| Kawasan | Kawasan Aden |
| Kegabenoran | Aden |
| Mula-mula diselesaikan | abad ke-7 SM |
| Pendudukan British | 19 Januari 1829 |
| Penempatan Aden | 1829 |
| Provinsi Aden | 1932–1937 |
| Jajahan Aden | 1 April 1937 |
| Negeri Aden dalam FSA | 18 Januari 1963 |
| Kemerdekaan | 30 November 1967 |
| Pentadbiran | |
| • Gabenor | Dr. Ahmed Lamlas |
| • Badan pentadbir | Majlis Tempatan Aden |
| • Pengarah Polis Aden | Maj Gen Mutahar Al-Shuaibi |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 760 km2 (290 batu persegi) |
| Aras | 6 m (20 ft) |
| Penduduk (2017) | |
| • Jumlah | 863,000 ▲ |
| • Anggaran (2023) | 1,079,670 ▲ |
| • Kepadatan | 1,135.52/km2 (2,941.0/batu persegi) |
| Demonim | Adeni/Adenies |
| Etnik | |
| • Majoriti | Arab |
| • Minoriti | Afro-Arab, India, Somalia |
| Bahasa | |
| • Rasmi | Arab MSA (Pendidikan dan Kerajaan) |
| • Dituturkan | Bahasa Arab Adeni (Majoriti) Inggeris (Digunakan secara meluas) |
| Zon waktu | UTC+3 (AST) |
| Kod kawasan | 02 |
Aden (Arab: عدن ʻAdan) ialah sebuah bandar pelabuhan di Yaman, 170 kilometer di timur Bab-el-Mandeb. Aden merupakan sebuah pelabuhan semula jadi yang terletak di kawah gunung berapi yang membentuk satu semenanjung. Pelabuhan Aden pertama kali digunakan oleh Kerajaan Awsan kuno antara abad ke-5 SM dan ke-7 SM. Aden memiliki populasi sekitar 398,399 orang (2005) dan terletak di 12.779444° N 45.03667° E.
Aden terdiri dari beberapa pekan kecil: kota pelabuhan, bandar perindustrian dikenal dengan "Aden Kecil" dengan kilang minyak besarnya, dan Madinat ash-Sha'b, pusat pemerintahan. Dua bandar satelit, Khormaksar dan Sheikh Othman, terletak di utara bandar tua, dengan bandar antarabangsa terletak di antara kedua bandar satelit tersebut. Kilang minyak dan pelabuhan kapal Aden Kecil dioperasikan oleh "British Petroleum" (sekarang "Beyond Petroleum").
Aden merupakan ibu negara Republik Demokratik Rakyat Yaman sehingga penyatuannya dengan Yaman Utara dan kemudian diumumkan sebagai zon perdagangan bebas.