Ada Lovelace

Augusta Ada King
Kelahiran10 Disember 1815
London, England
PekerjaanAhli matematik dan
(Proto-) ahli sains komputer
PasanganWilliam King-Noel (Earl Pertama Lovelace)
Anak-anak• Byron (lahir 12 Mei 1836);
• Annabella (Lady Anne Blunt, lahir 22 September 1837);
• Ralph Gordon (lahir 2 Julai 1839)
Ibu bapaLord George Gordon Byron dan Anne Isabella Milbanke (Annabella)
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "date_of_death"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "place_of_death"

Augusta Ada King, Countess Lovelace (nama lahir: Augusta Ada Byron; 10 Disember 1815 – 27 November 1852) ialah seoranh ahli matematik dan penulis yang dikenali atas penulisannya mengenai pemerihalan suatu "Enjin Analisis", sebuah komputer mekanikal serba guna awal rekaan Charles Babbage. Beliau merupakan orang pertama yang melihat potensi pengunaan komputer selain untuk perkiraan semata-mata, malah menerbitkan algoritma yang bertujuan dikendalikan mesin sedemikian; notanya itu yang merupakan pemerihalan komputer dan perisian, kini diiktiraf sebagai atur cara komputer yang pertama di dunia oleh para ahli sejarah.