Abu Lu'lu'ah
Abu-Lu'luah al-Nahawandi (Arab: أبو لؤلؤة النهاوندي ; nama Parsi: پيروز نهاوندى Pirouz Nahāvandi) (juga Piruzan) (Semoga Allah melaknatnya) merupakan seorang hamba berbangsa Parsi yang membunuh pemerintah Islam, Khalifah Umar Al-Khattab ketika beliau sedang bersolat. Abu Lu'lu'ah beragama Majusi.
Nama asalnya adalah Pīrūz (diarabkan sebagai: Fīrūz, "yang menang"; terjemahan lain namanya termasuk Feroz, Firouz, Abu-Lo'lo'a, Abu Lulu, Abu Lolo, dan Baba Shuja-e-din). Kebanyakan ahli Sunnah mendakwa bahawa dia merupakan Zoroastrian sementara sesetengah yang lain mendakwa dia sebagai Syiah. Kebanyakan Syiah percaya bahawa dia merupakan golongan Syiah.