Abu Kassim Mohamed

Abu Kassim Mohamed
PSM (Malaysia); SSIS (Selangor); SSAP (Pahang);
DSPN (Pulau Pinang); DIMP (Pahang); JMN (Malaysia); DJN (Pulau Pinang); PMP (Perak)
Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional
Dalam jawatan
1 Jun 2018 – 5 Disember 2020
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehMohd Sallehuddin Hassan
Ketua Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Dalam jawatan
1 Januari 2010 – 1 Ogos 2016
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong
Didahului olehAhmad Said Hamdan
Digantikan olehDzulkifli Ahmad
Maklumat peribadi
Lahir (1960-12-05) 5 Disember 1960
Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganPuan Sri Datin Setia Bebee Rasheedah Zachariah Merican
Tempat belajarUniversiti Sains Malaysia
Michigan State University

Tan Sri Dato' Setia Abu Kassim bin Mohamed (lahir 5 Disember 1960) ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ke-2 dari 1 Januari 2010 hingga 1 Ogos 2016. Beliau telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya pada 4 Januari 2010. Abu Kassim juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) dari 1 Jun 2018 sehingga beliau bersara wajib pada 5 Disember 2020.