Abu Ishaq al-Shirazi
Abū Isḥāq Ibrāhīm ibn ʿAlī al-Shīrāzī (أبو إسحاق الشيرازي) ialah seorang ahli perundangan Parsi yang terkemuka, ahli teori undang-undang, ahli teologi, pendebat dan penyelidik. Nama gelaran beliau secara penuh ialah Syaikhul Islam, Abu Ishaq Ibrahim b. 'Ali b. Yusuf al-Fayruzabadi al-Shirazi.
Imam Abu Ishaq al-Shirazi | |
|---|---|
| Kelahiran | 1003 masihi Firuzabad |
| Meninggal dunia | 1083 masihi |
| Warganegara | Parsi |
| Era | Zaman Kegemilangan Islam |
Beliau adalah salah seorang daripada ulama terkemuka fiqh Syafi'i pada abad ke-11 dan boleh dikatakan penulis paling ulung dalam kesusasteraan undang-undang Islam..
Beliau menjadi guru kedua selepas menggantikan Ibn al-Sabbagh di Madrasah al-Nizamiyyah di Baghdad, yang dibina oleh wazir (menteri) Empayar Seljuk Nizam al-Mulk.
Beliau memperoleh status mujtahid dalam bidang fiqh dan usul al-fiqh. Muhaddithun kontemporari (ahli hadis) juga menganggap beliau sebagai Imam mereka. Begitu juga, beliau dihormati dan berada di makam yang tinggi di kalangan mutakallimun (pengamal ilmu kalam) dan sufi.
Beliau sering dikaitkan dengan ahli sufi terkemuka pada zamannya seperti Abu Nasr ibn al-Qushayri (w. 514/1120), iaitu anak kepada Abdul Karim al-Qushayri (w. 465/1072).
Abu Bakar al-Shashi berkata: "Abu Ishaq adalah hujjah terhadap ulama terkemuka zaman itu." Al-Muwaffaq al-Hanafi berkata: "Abu Ishaq adalah Amir al-Mu'minin (Pemimpin orang-orang Mukmin) dari kalangan fuqaha' (ahli fiqh)." Ulama Azhari, Sheikh 'Ali Jum'ah, salah seorang daripada pewaris ajaran al-Bajuri, menggelar Imam Al-Syirazi sebagai "syaikh fuqaha' zamannya."