Abu Ishaq Ibrahim Ibn Yahya Al-Zarqali
Abū Ishāq Ibrāhīm ibn Yahya al-Zarqālī atau lebih dikenali sebagai Arzachel di Eropah Latin dan Azarquiel di Andalusia dan Itali merupakan salah seorang sarjana sains Islam yang hidup antara tahun 1028 - 1087 M. Juga dikenali sebagai al-Zarqālluh dan al-Zarqallah. Dia hidup di saat-saat kerajaan Islam Andalusia terpisah-pisah dan hampir runtuh di tangan tentera Kristian.
Al-Zarqali seorang Muslim, merupakan pembuat peralatan logam, ahli nujum, dan seorang ahli falak terunggul pada zamannya. Beliau tinggal di Toledo Al-Andalus, berpindah dan Cordoba pada usia tuanya. Karya-karya beliau memberi ilham kepada segenerasi ahli falak Islam di Al-Andalus.
Beliau terlatih sebagai tukang logam dan kerana kemahirannya, beliau diberi nama Al-Nekkach (dalam bahasa Arab Al-Andalusia, bermaksud "pengukir logam"). Nama His Latinnya, Arzachel ialah gabungan ungkapan Arab al-Zarqali al-Naqqash, yang bermaksud "Si pengukir". Dalam karya-karya Geoffrey Chaucer , beliau juga dikenali sebagai Arsechieles.