Abu Bakar Hamzah

Ustaz Haji
Abu Bakar Hamzah
P.P.M. (P)
Ahli Dewan Negara
Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
20 Disember 1971 – 19 Disember 1977
Didahului oleh Wan Mustapha Ali
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Dalam jawatan
1956–1958
Didahului olehHassan Adli Mohd Arshad
Digantikan olehAmaluddin Darus
Dalam jawatan
1966–1968
Didahului olehAmaluddin Darus
Digantikan olehJaiz Anwar
Maklumat peribadi
Lahir1925 (1925)
Meninggal dunia18 Mei 1993(1993-05-18) (umur 67–68)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (1956-1974)
PekerjaanAhli politik

Ustaz Haji Abu Bakar bin Hamzah (1925-1993) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan Ahli Parlimen Bachok mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas memenangi Pilihan raya kecil Bachok 1964. Semasa menjadi ahli parlimen, Abu Bakar menyertai delegasi Malaysia yang diketuai Dato' Abdul Rahman Yaakob dalam pertemuan mengenai cadangan penubuhan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).