Todak nipis

Todak nipis
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Beloniformes
Keluarga: Belonidae
Genus: Ablennes
D. S. Jordan & Fordice, 1887
Spesies:
A. hians
Nama binomial
Ablennes hians
Valenciennes, 1846
Sinonim
  • Ablennes pacificus Walford, 1936
  • Belone hians Valenciennes, 1846
  • Belone maculata Poey, 1860
  • Belone melanostigma Valenciennes, 1846
  • Belone schismatorhynchus Bleeker, 1850
  • Mastaccembelus melanostigma Valenciennes, 1846
  • Mastacembelus fasciatus Bleeker, 1873
  • Tylosurus caeruleofasciatus Stead, 1908
  • Tylosurus hians Valenciennes, 1846

Todak nipis (Ablennes hians), satu-satunya ahli genus Ablennes yang diketahui, ialah ikan laut daripada keluarga Belonidae. Todak nipis dianggap sebagai ikan permainan yang kerap ditangkap dengan bantuan cahaya buatan, namun tidak biasa dimakan lantaran isinya berwarna hijau.

Nama generik Ablennes – yang sebelumnya disalah eja sebagai Athlennes – bermaksud ‘tanpa mukus’, daripada awalan a- privatif Yunani kuno dan blennos (‘mukus’). Nama spesifik hians pula kata Latin untuk "ternganga".