Abjad Transliterasi Sanskrit Antarabangsa
Abjad Transliterasi Sanskrit Antarabangsa atau ATSA (Inggeris: International Alphabet of Sanskrit Transliteration, I.A.S.T.) ialah skema transliterasi yang membenarkan perumian tanpa kehilangan lafazan tepat dalam skrip Indik seperti yang digunakan oleh Sanskrit dan bahasa-bahasa Indik lain. Ia berdasarkan pada skema yang muncul pada abad kesembilan belas dari cadangan oleh Charles Trevelyan, William Jones, Monier Monier-Williams dan sarjana lain, dan dirasmikan oleh Jawatankuasa Transliterasi Kongres Geneva Oriental (Transliteration Committee of the Geneva Oriental Congress), pada September 1894. IAST membolehkan pembaca membaca teks Indik dengan jelas, seperti mana jika dalam skrip Indik asal. Ketepatan kepada skrip asal inilah yang menyebabkan kepopularan di kalangan para sarjana.