Aksara Adlam
| Aksara Adlam 𞤀𞤣𞤤𞤢𞤥 | |
|---|---|
"Adlam" dalam aksara Adlam | |
| Jenis tulisan | |
| Pencipta | Ibrahima Barry dan Abdoulaye Barry |
Tempoh masa | 1989-kini |
| Arah tulisan | Right-to-left |
| Bahasa-bahasa | Fula |
| ISO 15924 | |
| ISO 15924 | Adlm (), Adlam |
| Unikod | |
Alias Unikod | Adlam |
Julat Unikod | U+1E900–U+1E95F |
Aksara Adlam ialah aksara yang digunakan untuk menulis bahasa Fula. Nama Adlam ialah akronim yang diperolehi daripada empat huruf pertama abjad (A, D, L, M), yang bererti "alkule Dandayɗe Leñol Mulugol" (𞤀𞤤𞤳𞤵𞤤𞤫 𞤁𞤢𞤲𞤣𞤢𞤴𞤯𞤫 𞤂𞤫𞤻𞤮𞤤 𞤃𞤵𞤤𞤵𞤺𞤮𞤤, "abjad yang melindungi bangsa-bangsa [Fula] daripada kepupusan"). Ia adalah salah satu daripada pelbagai sistem tulisan asli yang dibangunkan untuk bahasa-bahasa tertentu di rantau Afrika Barat.
Aksara Adlam disokong dalam sistem pengendalian Android dan Chrome milik Google. Terdapat juga aplikasi dijanakan Android untuk menghantar SMS menggunakan aksara Adlam dan untuk mempelajari aksara tersebut. Dalam komputer yang menggunakan Microsoft Windows, aksara Adlam disokong terasalnya bermula dengan Windows 10 gubahan 1903, yang dikeluarkan pada Mei 2019. Dalam macOS, aksara Adlam disokong terasalnya bermula dengan Ventura pada tahun 2022.