Abdullah Yusuf Azzam
Abdullah Yusuf Azzam عبد الله يوسف عزام | |
|---|---|
| Dalam jawatan 1988–1989 | |
| Didahului oleh | Jawatan dicipta |
| Digantikan oleh | Osama bin Laden (sebagai ketua pertama) |
| Dalam jawatan 1984–1988 | |
| Didahului oleh | Jawatan dicipta |
| Digantikan oleh | Jawatan dibubar |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1941 Silat al-Harithiya, Palestin |
| Meninggal dunia | November 24, 1989 (umur 47–48) Peshawar, Pakistan |
| Kewarganegaraan | Palestin(1941–48) Jordan (1948–89) |
| Tempat belajar | Universiti Damsyik |
| Pekerjaan | Aktivis dan ahli teologi Islam |
| Dikenali dengan | Pengasas bersama Al-Qaeda |
Abdullah Yusuf Azzam (Arab: عبد الله يوسف عزام, ‘Abdu’llāh Yūsuf ‘Azzām; 1941–24 November 1989) ialah ulama Sunni Islam dari Palestin yang merupakan pengasas bersama pertubuhan al-Qaeda. Azzam memberikan ucapan jihad kepada orang Islam untuk membantu mujahidin Afghan menentang tentera Soviet.
Azzam ialah guru dan mentor kepada Osama bin Laden dan memujuk Osama untuk datang ke Afghanistan dan membantu jihad. Ketika perang berakhir, mereka menubuhkan al-Qaeda. Beliau juga merupakan pengasas bersama Lashkar-e-Taiba.
Azzam dibunuh dalam sebuah letupan kereta semasa berada di Peshawar, Pakistan pada 1989.